Beijing beri subsidi kepada pekerja migran sempena Tahun Baru Cina

13/02/2021 06:04 PM

BEIJING, 13 Feb — Kerajaan Beijing menyediakan subsidi khusus untuk migran yang bekerja di projek pembinaan pada musim cuti Tahun Baru Cina.

Subsidi sebanyak 6.8 juta yuan (RM4.2 juta) diberikan kepada 17,000 pekerja berkenaan, atau 400 yuan (RM250) untuk setiap orang.



Selain itu, pihak majikan digesa menyediakan jaminan dan kemudahan seperti makanan dan hiburan untuk memastikan pekerja dapat meraikan perayaan dengan suasana ceria.

Hab pengangkutan yang sedang dibina di pusat pentadbiran baharu merupakan antara projek infrastruktur berskala besar di bandar raya Beijing.

Sebaik siap kelak, ia bakal menjadi hab pengangkutan untuk perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi (HSR), kereta api bawah tanah serta bas.

Kini, terdapat lebih 200 pekerja bertugas di seksyen I projek tersebut bagi memastikan pembinaannya siap mengikut jadual.



“Kami bersama-sama membuat ladu dan menampal kuplet untuk merasai kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina,” kata Yue Zhongguang, yang bekerja di projek pembinaan itu.

Kuplet adalah seni kata-kata mendoakan supaya murah rezeki yang sering menghiasi pintu atau gerbang yang menjadi sebahagian daripada budaya penting masyarakat Cina ketika Tahun Baru Cina.

Wan Junaidi sedia bantu syarikat Sarawak selesaikan isu subsidi upah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button