“KELAKAR LA… ADA JODOH BIARLAH” – JAWAB ALICIA BILA DILABEL PELACUR KAHWIN DOKTOR
“A doctor marrying a hoe. Wow what times do we live in,” tulis seorang individu mengenai perkahwinan model dan pelakon Alicia Amin dengan seorang doktor dikenali sebagai Farzan yang berlangsung semalam.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan itu, namun ada juga netizen yang melemparkan tuduhan tak sedap didengar apabila menggelarkannya pelacur berkahwin dengan doktor.
Alicia berkongsi komen daripada netizen yang memanggilnya dengan gelaran tersebut menerusi Twitter miliknya.
Dalam status itu, Alicia berkata yang dia tidak terkesan dengan komen sebegitu, sebaliknya mengingatkan agar jangan sesekali memberi gelaran tidak berasas terhadap wanita.
Klik untuk gambar besar
“Saya sebenarnya kongsi komen itu sebab kelakar la tengok orang bitter. Kalau betul pun seorang pelacur atau pekerja seks nak kahwin dengan doktor, ada jodoh biarlah.
“Tapi apa yang lebih serius di sini, jangan gunakan istilah yang misognistik atau bersikap prejusi untuk cuba menjatuhkan orang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Alica turut memberitahu dia dan suami hanya ketawa membaca komen tersebut. Ujarnya, dia sudah biasa dengan netizen membencinya.
“Kitorang gelak je. Dia lebih kurang macam saya, jenis tak kisah. Seperti yang awak tahu, saya dah terbiasa dengan orang yang membenci saya. Saya faham semua manusia ada perbezaan pendapat masing-masing,” ujarnya.