3 beradik antara 6 dituduh bunuh, tanam mayat

3 beradik antara 6 dituduh bunuh, tanam mayat

3 beradik antara 6 dituduh bunuh, tanam mayat
ENAM tertuduh kes bunuh didakwa di Mahkamah Majistret Selayang. FOTO Aswadi Alias

Selayang: Tiga beradik antara enam individu yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan menanam mayat seorang pengawal keselamatan bermotifkan penyebaran gambar bogel di Sungai Choh, Rawang, bulan lalu.

Bagi pertuduhan membunuh, dua beradik iaitu G Ganong Segaran, 34, dan adik perempuannya, G Malani, 33, bersama tiga individu lain, S Devi, 30, P Saravanan, 31, serta P K Vikinesvaran, 20 didakwa melakukan perbuatan itu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh lelaki, S Ashok, 20, di sebuah rumah di Jalan Sungai Buaya, Sungai Choh, Rawang antara 8 pagi hingga 3.30 petang, 23 Disember lalu.



Kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Armada Laut Iran Kini Memasuki Laut Merah



Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 4 Mac untuk sebutan kes.

Selain itu di mahkamah sama, Ganong Segaran bersama adik lelakinya G Dandem Bain, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam mayat Ashok dengan niat untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada tempat dan tarikh sama jam 3.30 petang hingga 8 malam mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi tidak menawarkan jaminan bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, Peguam Erni Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Dandem memohon supaya jaminan dibenarkan terhadap anak guamnya dengan alasan masih menanggung keluarga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ucapan Tahun Baru Azam Baki Buat Gang Atok Demam Kepialu




Mahkamah membenarkan Dandem diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai dan menetapkan 4 Mac untuk sebutan kes.

Sebelum ini media melaporkan pada 24 Disember lalu, seorang lelaki maut dipukul dengan menggunakan kayu, botol dan tong besi oleh abang teman wanitanya sebelum mayatnya ditanam di kawasan semak di belakang rumah keluarga wanita itu di Sungai Choh, Rawang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kegagalan ‘Kartel Tun’ di belakang KUDETA ‘Dubai’



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading