“ORANG PUTIH CAKAP MELAYU SALAH COMEL, MELAYU SALAH INGGERIS BODOH” – SITI SARAH
“Kadang Sarah tak faham kenapa orang kita ni suka sangat nak cari salah orang. Lagi-lagi bila orang tu cakap dalam bahasa Inggeris. Alahai, bagi Sarah tak semua orang melayu boleh sebut perkataan dengan baik dalam bahasa Inggeris. Kita makan budu, sambal belacan mesti lidah keras tu, Hahaha.
“Bagi Sarah okay je kalau cakap broken english. Orang putih betul pun berterabur bila cakap tak ikut tatabahasa pun! Kita beria kalau cakap englih kena cakap macam dalam buku, apa? Sebut tak betul tu okey je, negara lain rileks je.
“Diaorang belum tentu boleh cakap melayu dengan sebutan yang perfect kalau orang putih cakap melayu salah kau kata comel. Kalau Melayu cakap orang putih salah kau kata bodoh,’ kata penyanyi Siti Sarah yang tampil mempertahankan golongan yang kurang mahir berbahasa Inggeris dan tidak faham mengapa kesalahan mereka tersebut selalu dijadikan tumpuan.
Sarah yang berkongsi pendapatnya menerusi laman sosial Twitter itu merasakan tidak semua Melayu boleh menyebut perkataan Inggeris dengan bik dan jangan malu untuk berusaha.
Menurut sarah lagi, dia mohon agar mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris untuk tidak patah semangat dan terus berusaha. Malah, buat mereka yang ingin membantu golongan ini, janganlah menegur sampai di tahap mengaibkan.
Klik untuk gambar besar
“Tak payah malu kalau tak reti sebut perkataan english. Yang penting ada usaha nak cuba. Lama-lama okay la tu kan? Kadang kita ni terikat dengan longhat dan percakapan seharian.
“Sedangkan kalau kita baca Al-Quran kalau pelat tak boleh sebut pun, sekirannya kita cuba juga itu pun pahala. Apa yang memalukan, kita sibuk cari salah orang salah sendiri besar pun tak nampak.
“Maksud bukanlah kita tak perlu belajar english dengan baik, cuma jangan malu untuk berbahasa Inggeris walau salah dan sebagai orang yang nak menegur jangan sampai mengaibkan orang lain. Kita tutup aib orang ditidurkan,z’ jelasnya lagi.
Awal minggu ini, ucapan berbahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat iaitU Datuk Seri Rina Harun di persidangan maya Sesi ke-59 Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59) United Nations (UN), New York mencuri perhatian ramai temasuklah seorang selebriti tempatan. Selebriti tersebut kemudian tampil memperbetulkan kesalahan sebutan bahasa Inggeris menteri tersebut.
BILA ADIBAH NOOR BETULKAN SEBUTAN INGGERIS PEMBACA BERITA TV3 [VIDEO]