“Mawar Karim Dah Kahwin?” Tular Gmbar Berbusana Putih

Wajah jelita Mawar Karim sangat dikenali ramai dengan jenama tudung terkenal miliknya, Fareeda. Usahawan berusia 32 tahun itu pernah bergelar isteri kepada aktor Fizo Omar dan merupakan antara selebriti yang memiliki ramai peminat setia.

Tiada angin tiada ribut, semalam ada individu yang dipercayai penata rias artis iaitu @tymfatimah, berkongsi sekeping gambar usahawan tersebut menerusi InstaStory.



Namun, apa yang menjadi perhatian dalam gambar berkenaan adalah Mawar telah siap disolek dan tampil cantik memakai busana pengantin berwarna putih.

“Congrats Mawar Karim,” tulisnya ringkas pada gambar terbabit.

Ternyata, kapsyen yang ditulis pada gambar tersebut pasti mengundang persoalan dalam fikiran warganet yang melihatnya. Adakah Mawar sudah bernikah? Kalau benar, dengan siapa? Tidak sangka, diam-diam ubi berisi.

Tambahan lagi pada awal tahun ini, ibu kepada seorang cahaya mata itu ada memuat naik gambar ‘tangan seseorang’ yang dihulurkan ke arah dirinya di laman Instagram.



Sejak itu ramai mula tertanya-tanya, adakah Mawar sudah berpunya dan siapakah gerangan jejaka bertuah tersebut. Bagaimanapun, sehingga kini empunya diri masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai hal berkenaan.

Berbalik semula kepada cerita asal tentang ‘perniikahan’ Mawar, apabila meniinjau kembali ke InstaStory @tymfatimah, rupa-rupanya gambar berbusana pengantin itu bukanlah untuk majlis akad nikah, namun ia hanyalah untuk ‘photoshoot’ semata-mata.

Aduhai, tertiipu sudah para peminat tetapi, mesti ada juga yang berasa lega kan?



“Tak cukup syarat sah kahwin ni. Pengantin lelaki takde. Mawar Karim masih ‘available’,” tulis penata rias itu pada gambarnya.

Selepas Hannah Delisha, ingatkan Mawar pun nak kahwin secara mengejut juga. Jadi, bawa bertenang ya semua. Bak kata @tymfatimah, usahawan itu masih ‘available’. Semoga maju jaya!

Sumber: Instagram @tymfatimah

COVID-19 – MAWAR KARIM & ANAK KINI DISAHKAN BEBAS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button