Bapa, bayi 11 bulan maut nahas tiga kereta

Oleh – Syeikh Baran


Bapa, bayi 11 bulan maut nahas tiga kereta
Kadaa kedua-dua kenderaan yang remuk selepas terlibat kemalangan di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh pada Sabtu. Foto ihsan pembaca

Seorang bapa bersama bayinya berusia 11 bulan maut dalam nahas membabitkan tiga kereta di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Medan Klebang Restu di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 7.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Fakhrul Najmi Roslan, 26, yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan maut di tempat kejadian.



Bayi mangsa, Naura Adleena yang parah bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Difahamkan kemalangan tersebut turut membabitkan kereta jenis Mercedes-Benz dan Perodua Alza masing-masing dipandu lelaki berusia 36 dan 48 tahun.

Kejadian berlaku apabila kereta dinaiki dua beranak itu telah keluar dari simpang dan melintas di hadapan Mercedes menyebabkan kenderaan mewah terbabit tidak sempat brek dan mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta.

Akibat perlanggaran itu, kereta mangsa terbabas dan terseret hingga terkena kereta Perodua Alza yang berada di susur kiri jalan arah Klebang Restu.



Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HRPB untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading