Lagi cubaan seleweng diesel subsidi ‘kantoi’

Oleh – Syeikh Baran


Lagi cubaan seleweng diesel subsidi 'kantoi'
Lori bonded tiga tan yang ditahan kerana disyaki digunakan dalam kegiatan seleweng minyak diesel bersubsidi. Tangki minyak tambahan ditemui di bahagian muatan lori yang ditahan

Tindakan agresif seorang lelaki memecut lori dipandu meninggalkan sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di sini dengan pam masih berada pada tangki membongkar satu kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi di daerah ini pada Jumaat.

Tindakan itu berjaya digagalkan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang apabila lori terbabit berjaya ditahan bersama pemandu berusia dalam lingkungan 30-an.



Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin berkata, pemeriksaan ke atas lori jenis ‘bonded’ tiga tan itu menemui sebuah tangki keluli tambahan yang bersambung dengan tangki asal disyaki digunakan dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

Menurutnya, anggaran 1,500 liter minyak diesel yang berada dalam tangki terbabit telah disita kerana barang kawalan itu disyaki dimiliki tanpa permit kebenaran daripada pengawal bekalan.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button