Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran

Oleh – Syeikh Baran


Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran
Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu awal pagi Sabtu.Gambar hiasan

Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu awal pagi Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, wanita itu dikenali sebagai Marites, berusia 40 tahun manakala identiti dan jantina kanak-kanak terbabit belum dikenal pasti.



Beliau berkata, kedua-dua mangsa ditemukan rentung dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah pertama yang terbakar 100 peratus.

“Mayat diserahkan kepada polis dan pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 4.05 pagi dan 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digegaskan ke lokasi.

Kejadian katanya turut menjejaskan 10 penghuni lain, namun punca dan anggaran kerugian sedang disiasat. – Bernama



Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading