Polis siasat dakwaan anggota lakukan gangguan seksual

Polis siasat dakwaan anggota lakukan gangguan seksual

Polis siasat dakwaan anggota lakukan gangguan seksual

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat dakwaan pengguna jalan diganggu secara seksual oleh anggotanya ketika membuat rondaan seperti tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata dakwaan itu dibuat pengguna Twitter dikenali ‘Lord Pretty @qhaishaaantsha’ yang turut memuat naik gambar kereta peronda polis jenis Honda Civic.



Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat secara terperinci kes itu selepas mengesahkan kereta berkenaan milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Kita minta supaya pemilik akaun Twitter itu membuat laporan polis bagi membolehkan keterangannya diambil untuk membantu siasatan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil jika wujud salah laku seperti didakwa. Kita tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang isu pelanggaran undang-undang membabitkan polis khususnya di IPD Petaling Jaya.

“Sehubungan itu, masyarakat diseru tampil membuat aduan ke balai polis berhampiran jika berlaku salah laku dan pelanggaran undang-undang membabitkan anggota polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Polis siasat dakwaan anggota lakukan gangguan seksual


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button