Selepas 5 Tahun Solo, Pelakon Syanie Selamat Bernikah Hari Ini. Rupanya Suami Dia Bukan Biasa2

” Alhamdulillah syukur majlis pagi tadi berjalan dengan sempurna seadanya.”

Itu luahan pelakon terkenal, Syanie Hisham, 47, yang selamat diijabkabulkan dengan perunding kewangan, Zahiril Hafiz Mohammed Nor, 41, sekitar pukul 9 pagi tadi.

Terdahulu, majlis berlangsung dalam suasana ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan hanya disaksikan bapa, adik perempuan Syanie dan abang kepada pengantin lelaki.

Bagaimanapun, tiada wang hantaran diserahkan, sebaliknya hanya mas kahwin dalam bentuk gelang emas.

Menerusi perkongsian gambar Thelane.my Syanie yang manis dalam persalinan Kay Ibrahim, dilihat menyarungkan cincin ke jari manis suaminya sebagai tanda termeterai ikatan.

” Syukur semua berjalan lanjar. Tetapi untuk majlis resepsi yang sepatutnya diadakan pada 21 Februari ini ditunda dulu sebab Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin bulan depan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercakap soal hati selepas dua kali perkahwinan yang dibina runtuh, Syanie akui tidak mudah untuknya membuka jendela hati namun oleh kerana keikhlasan dan kejujuran hatinya buat Syanie kembali menikm4ti kemanisan ini.

” Kalau diimbas semula cerita perkenalan kami ini sekitar tiga tahun lalu, dia yang mula mendekati saya tapi waktu itu saya belum terfikir pun nak cari pengganti.

” Iyalah pengajaran lalu kata orang mematangkan saya. Tetapi setahun lalu, dia memang bersungguh-sungguh mahu memancing hati saya. Lalu pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.

” Sikap budimannya jugalah buat saya tersentuh. Dia menjadi lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” katanya yang sudah berkenalan dengan suami setahun lalu.

Tambah Syanie lagi yang sebelum ini sudah lima tahun hidup solo, suaminya juga adalah seorang duda.

” Mungkin masing-masing tahu kehidupan lampau apa yang telah kami lalui. Jadi mungkin itu yang buat kami jadi serasi,” katanya dengan nada gembira.

Untuk rekod, bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga 1996 dan bercrai pada 2002. Manakala perkahwinan kedua, pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016.

Sekilas info tentang Syanie

Syaniza “Syanie” Hisham (lahir 7 Mei 1974) merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia, terkenal dengan karyanya yang berbentuk komedi.

Beliau merupakan anak kepada penerbit televisyen terkenal, Ruhanie Abd Rahman.

Syanie telah memulakan kerjaya lakonan ketika berusia 17 tahun dan sering muncul dalam mana-mana drama dan telefilem tempatan.

Antara filem-filem lakonan beliau ialah Senario The Movie (1999), MX3 (2003), Buli Balik (2006) dan Kembar Siang (2011). Drama dan telefilem yang dibintanginya termasuk Bedah Tong Gas dan Cinta Irama Klasik.

Beliau bersama Dina Nadzir pernah mengambil bahagian dalam rancangan The Biggest Loser Asia pada 24 November 2009.

Syanie berkahwin sebanyak dua kali dan tidak dikurniakan cahayamata. Beliau berkahwin dengan Mohd Attimidi Abdul dari 1996 dan bercrai pada 2002.

Beliau kemudiannya berkahwin dengan Nadi Putera pada 2014 dan memfailkan percraian pada 2016.

Syanie juga telah mengurangkan berat badan. Di luar kerjaya lakonan, beliau juga menguruskan katering dan menganjurkan acara.

Sumber:utusan

Leave a Reply