AMK Keadilan Beri Kata Dua Pada Azmin
Azmin Didesak Letak Jawatan Atau Dipecat
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah memberi kata dua kepada Menteri Kanan Azmin Ali.
Razeef Rakimin mendesak agar Azmin samada meletakkan jawatan atau dipecat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Razeef lagi itu sahaja cara untuk Perikatan Nasional memulihkan ekonomi.
Kegagalan Azmin meyakinkan pelabur asing antara yang digariskan sebagai sebab perlunya tindakan segera dilakukan Perdana Menteri.
Perlu diakui ramai pelabur telah menarik diri dari melabur di Malaysia ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan ketidakstabilan politik tanahair.
Malah Azmin sebagai Menteri Perdagangan Luar Negeri juga didakwa tidak mampu menarik pelabur membuat pelaburan di Malaysia. Ekonomi Malaysia yang turut terjejas kerana pandemik covid19 sepanjang 2020 sehingga hari ini.
Kontroversi Azmin yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga memberi impak besar dalam parti mungkin antara sebab desakan dilakukan.
Perlu diingatkan Azmin juga pernah dilanda isu kontroversi video skandal seks luar tabie di Sabah. Bagaimanapun pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti pelaku sebenar yang dikatakan ‘mirip’ Azmin.
Tidak mungkin Muhyiddin akan mengambil risiko memecat atau menyuruh Azmin meletakkan jawatan ketika beliau memerlukan sokongan. Secara keseluruhan desakan Ketua Penerangan AMK Sabah ini boleh dikategorikan tidak meninggalkan kesan langsung.
AMK Kelantan buat laporan polis terhadap Muhyiddin