Bahasa Cina jadi bahasa rasmi UNWTO

21/02/2021 04:59 PM

BEIJING, 21 Feb — Bahasa Cina disenaraikan sebagai satu daripada bahasa rasmi Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) mulai 25 Januari 2021, menurut pengumuman bersama UNWTO dan kerajaan Sepanyol.

UNWTO turut menghasilkan video khas merakamkan perutusan tahniah daripada Setiausaha Agung pertubuhan itu, Zurab Pololikashvili.



China mengajukan cadangan supaya bahasanya dimasukkan dalam senarai bahasa rasmi UNWTO, semasa sesi ke-17 Perhimpunan Agung UNWTO pada November 2007.

UNWTO menerima cadangan itu, kemudian meluluskan pindaan terhadap fasal ke-38 perlembagaannya yang menetapkan bahasa Cina sebagai satu daripada bahasa rasmi selain bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Rusia dan Sepanyol.

Menurut perlembagaan UNWTO, selepas diluluskan perhimpunan agung, draf pindaan perlu diratifikasi lebih dua pertiga negara anggota sebelum dikuatkuasakan.

Pindaan itu berkuat kuasa secara rasmi pada Januari 2021 selepas mendapat ratifikasi daripada 106 negara anggota.



Penyenaraian bahasa Cina sebagai bahasa rasmi UNWTO bermanfaat bagi meningkatkan integriti dan kewibawaan UNWTO sebagai agensi khusus PBB.

Ia juga akan membantu China memainkan peranan lebih positif dalam hal ehwal pelancongan antarabangsa, sekali gus membolehkannya berkongsi lebih banyak pengalaman dan peluang pembangunan industri pelancongan dengan negara lain.

Kerjasama semua penting bina semula keyakinan industri pelancongan sejagat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button