Akmal sudah beri keterangan kepada polis isu ugutan

Oleh – Syeikh Baran


Akmal sudah beri keterangan kepada polis isu ugutan
Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, sudah memberi keterangan kepada polis berhubung isu ugutan bunuh yang diterimanya.

Beliau menjelaskan, polis turut memaklumkan kepada beliau bahawa suspek yang membuat ugutan tersebut juga sudah diambil keterangan oleh pihak polis.



“Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan ini (ugutan) tidak akan membuatkan saya rasa gentar atau mengubah prinsip,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Bangunan UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Jasin, Melaka Selasa lalu untuk membuat laporan polis susulan ugutan bunuh diterimanya.

Suspek telah diberkas tetapi dibebaskan dengan jaminan polis kerana mengalami masalah kesihatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu membuat ugutan jenayah.

Dalam pada itu, EXCO Kerajaan Melaka itu menganggap pemberian duit raya kepada 420 anggota polis di IPD Jasin bukan perbuatan rasuah kerana ia dilakukan secara terbuka dan mendapat kebenaran ketua jabatan iaitu Ketua Polis Daerah Jasin.



Beliau memaklumkan pemberian duit raya itu sudah menjadi amalannya setiap tahun ketika Ramadan dan sebelum menjadi wakil rakyat lagi, malah ia turut diberikan kepada kakitangan pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button