Fauziah Sarman perli menantu
Anggap dia dan Ubai tiada beza - “Awak juga cuci kaki masuk
Fauziah Sarman perli menantu
SUSULAN pelbagai kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya susulan isu Shila Amzah mahu menjual banglo yang didiami keluarganya, ibu penyanyi itu turut dilihat memerli menantunya.
Fauziah, 56, dalam nada sarkastik mendakwa menantunya iaitu Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, juga menumpang kemewahan selepas berkahwin dengan Shila.
Melabel Ubai sebagai ‘orang luar’, Fauziah turut mengucapkan terima kasih kepadanya kerana melayan dia sebegini selepas menatangnya sebagai anak sendiri.
“Untuk ‘orang luar’ yang pernah emak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan emak begini.
“Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila, terima kasih membuat keseimpulan yang hanya memenangkan diri kalian,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Sedang Menderita, Menteri Syok Yam Seng
- Cuba Halang Bahas Isu Palestine, Apa Yang Takiyuddin Mahu Buktikan?
- Mungkinkah Sanusi Terlibat Dalam Skandal Beras Kedah?
Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.
Fauziah meluahkan perasaannya berhubung kontroversi melanda keluarganya menerusi hantaran di Instagram pada awal pagi Jumaat.
Bagaimanapun, hantaran tersebut sudah pun dipadam.
Dalam pada itu, Fauziah berkata, dia dan menantunya tiada perbezaan kerana Ubai juga ‘cuci kaki’ ketika melangkah masuk ke rumah anaknya selepas mereka berkahwin.
“Kita tiada beza… Awak juga cuci kaki masuk rumah,” katanya lagi.
Semenjak isu anak-beranak itu menjadi perhatian, Fauziah turut menjadi sasaran kecaman yang diantaranya mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menang PRK Pelangai, Benarkah Melayu Sudah Kembali Pada UMNO?
- Kisah Pelik Tapi Benar Isham Jalil
- Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan PN.
Malah ada menuduhnya mengambil kesempatan terhadap kejayaan Shila sebagai penyanyi untuk terus bekerja bagi menyara keluarga.
Pada Isnin lalu, adik bongsu Shila iaitu Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya yang didakwa bakal dijual.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya daripada banglo tersebut.
Jelas Shila, tujuan dia mahu menjual banglo berkenaan kerana ingin mencari rumah baharu yang lebih selesa untuk ibu mereka.
Isu ini terus berlarutan apabila Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual rumah tersebut.
Dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran.
Tidak terhenti di situ, Shila didakwa datang ke rumah keluarganya dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Fauziah.
Fauziah Sarman perli menantu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.