Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib

Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib

Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib

Hadirin kes perbicaraan 1MDB yang melibatkan DS Najib terkesima seketika apabila saksi pendakwaan ke 47, Adam Ariff, tidak dapat menjawab soalan dari peguambela.

Dalam soal balas ketua panel peguambela, Shafee Abdullah, bertanya kepada Adam, adakah beliau bersetuju DS Najib tidak tahu sumber dana yang masuk ke dalam akaun beliau.

Adam sekadar menjawab tidak mahu memberi sebarang komen.



“Anda tahu bekas gabenor, Zeti sendiri dalam keterangannya memberitahu pihaknya mengambil masa hampir 3 tahun”.

“Ianya untuk menjejak sumber yang masukkan dana ke dalam akaun peribadi Najib”.

“Anda pula ambil masa 2 tahun untuk jejak aliran wang”.

“Jadi adakah munasabah DS Najib sebagai perdana menteri ketika itu sebenarnya tidak tahu sumber yang masukkan dana itu?”.



“Pada DS Najib, wang yang masuk ke akaun peribadi itu adalah daripada Raja Arab”.

“Pastinya DS Najib tidak akan tahu, BNM sendiri tidak tahu,” soal Shafee.

Bagaimanapun ketika soalan itu diajukan kepada Adam Ariff, penganalisis itu enggan menjawabnya.

“Saya tidak mahu komen,” jawab Adam ringkas.



Sebelum ini, Zeti memberikan keterangan dalam prosiding 1MDB.

Beliau mengaku yang BNM mengambil masa 7 tahun sebelum mendapat tahu AS$700 juta milik 1MDB masuk ke syarikat Good Star Ltd.

Shafee akan kembali menyoal balas Adam Ariff hari ini.

Kemungkinan dapat menghabiskan sesi soal balas dengan saksi itu yang sudah memberikan keterangan selama 8 hari.



Agak menghairankan, mengapakah Adam kelihatan keberatan untuk menjawab soalan Shafee.

Sedangkan beliau sebagai penganalisa sepenuh masa di BNM mengambil masa hingga 2 tahun.

Bagaimana mungkin DS najib yang menjadi perdana menteri mampu untuk mengetahui sumber dana dalam masa yang singkat.

Mungkinkah ada sesuatu yang sedang cuba diselindungkan?



Bukankah berkata benar di dalam mahkamah adalah satu kemestian berdasarkan sumpah yang dilafazkan sebelum memberi keterangan.

 

Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading