Pelajar politeknik maut dalam perjalanan ke kelas
Pelajar politeknik maut dalam perjalanan ke kelas
PORT DICKSON: Seorang pelajar Politeknik Port Dickson maut, manakala empat rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson menghala ke gerbang Port Dickson di sini, awal pagi tadi.
Nahas kira-kira jam 6.20 pagi itu membabitkan kereta Perodua Kancil dinaiki lima pelajar itu dengan penunggang sebuah motosikal jenis SYM 180 yang turut mengalami kecederaan.
Difahamkan, ketika kejadian semua pelajar berkenaan dalam perjalanan dari Seremban untuk ke kelas.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Kamal Mohd Timar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Kancil terbabit terbabas ke kiri jalan lalu merempuh pembahagi jalan.
“Semua mangsa yang menaiki kereta berusia awal 20-an, manakala penunggang motosikal berusia 24 tahun cedera di anggota badan.
“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas dan kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan,” katanya.
Pelajar politeknik maut dalam perjalanan ke kelas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Sedang Menderita, Menteri Syok Yam Seng
- Cuba Halang Bahas Isu Palestine, Apa Yang Takiyuddin Mahu Buktikan?
- Mungkinkah Sanusi Terlibat Dalam Skandal Beras Kedah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kehadiran Roger Ng dan Jasmin Loo mampu ‘upset’ kan skrip konspirator kes 1mdb.