Pertanyaan Nazim Othman disalah tafsir

© Provided by Harian Metro NAZIM Othman membuat permohonan maaf melalui Instagram Story berkenaan komen yang ditinggalkan di akaun IG Janna.syafil.syazwan

 

Kuala Lumpur: Pelakon, Nazim Othman membuat permohonan maaf menerusi Instagram Story mengenai komen yang ditinggalkan di hantaran akaun Instagram Janna Nick mengenai nama anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa Manoban.

Menurutnya, dia tidak berniat untuk menghina, sebaliknya tidak percaya dengan apa yang ditulis Janna.

“Pertama sekali, saya nak mohon maaf kepada semua di luar sana dari hati saya yang paling dalam sekiranya ada tindakan saya yang menyakitkan anda, terutamanya, untuk komen terbaru saya.



“Saya tak bermaksud nak menghina atau tidak hormat sesiapa dalam apa juga cara. Saya komen sebab saya macam tak percaya dengan apa yang saya tengok. Saya minta maaf kalau ada salah faham,” katanya.

Dalam komennya, Nazim bertanya kepada Janna dengan soalan “Lisa Black whatttt????”. Janna kemudiannya membalas dengan jawapan seperti bunyi khinzir berserta emoji kepala haiwan itu.

Di Instagram @jannanickstudios, ada satu hantaran yang ditulis sebagai LISA BLACKPIG bagi menggambarkan salah satu karakter dalam karyanya yang digambarkan sebagai karakter gadis gedik.

Tindakan Janna membangkitkan kemarahan peminat Kpop terutamanya, peminat kumpulan BLACKPINK yang menganggap Janna tidak menghormati anggota kumpulan itu dan bersikap melampaui batas.



© New Straits Times Press (M) Bhd

NAZIM OTHMAN MAHU NETIZEN BERHENTI TANYA SOAL BILA NAK KAHWIN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button