RM18 Juta Untuk Atasi Masalah Air Raub

RM18 Juta Untuk Atasi Masalah Air Di 3 Loji Air Raub

 

Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan peruntukan sejumlah RM18 juta untuk menaik taraf 3 Loji Rawatan Air (LRA) di Raub.



[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/02/VID-20210222-WA0018.mp4[/KGVID]

Beliau berkata demikian semasa ketika melawat LRA Sungai Semantan bagi melihat sendiri masalah bekalan air yang sering terputus.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang menjelaskan 3 LRA di Raub sering ditimpa masalah kekeruhan dan pasir yang memasuki muka sauk loji berkenaan. Selain itu kadar NTU (kekeruhan) melampau juga antara faktor LRA tidak dapat memproses air mentah bersih bagi dibekalkan kepada pengguna.

Tiga projek pembinaan tangki mendapan telah ditender Kerajaan Negeri melalui JPS pada Oktober 2020.



  • Projek LRA Sg Semantan – Nilai kontrak RM 5,220,032.00
  • Projek LRA Sg Klau – Nilai kontrak RM3.408,300.00
  • Jumlah akaun pengguna 3 LRA ialah 19,970

Tempoh kerja dua projek berkenaan 52 minggu bermula 22 Februari 2021 hingga 27 Februari 2022.

Bagi LRA Sg Bilut pula difahamkan masih menunggu keputusan pihak Lembaga Tender Kementerian Alam Sekitar dan Air atas perubahan siling kos projek yang menanti kelulusan pihak EPU.

Dalam pada itu, MB Pahang meminta rakyat jangan terpedaya dengan dakyah serta perlakuan memburukkan kerajaan berkaitan isu bekalan air. Kerajaan Negeri menurutnya lagi sentiasa berusaha untuk memberi keselesaan kepada rakyat Pahang dalam mendapatkan bekalan air bersih.



Pahang Berduka, Raub Turut Dilanda Banjir

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button