“Tak Masuk 4kal Saya Gel4r Lisa Blackpink Dengan Nama Mengaibkan”
Semalam hangat diperkatakan apabila pelakon dan pengacara Janna Nick diserang netizen dan peminat K-Pop apabila didakwa mempersendakan Lisa Blackpink dengan menulis ‘Lisa Blackpig’.
Menafikan dakwaan dia menggelar atau menyamakan Lisa Manoban dai kumpulan Blackpink sebagai Lisa Blackpig, Janna berkata dia sangat meminati budaya Korea dan tidak masuk akal jika dia berbuat demikian.
“Sebagai seorang yang meminati budaya Korea, bukan setakat industri hiburan bahkan budaya, fesyen, makanan, teknologi, kecantikan dan tempat di Korea, tohmahan sebegitu terhadap saya adalah sangat tidak berasas.
“Saya sendiri pernah berkolaborasi dengan pihak pengurusan serta artis Korea dalam kerjaya saya dan amat menghormati mereka.
“Ia adalah amat pelik dan tidak boleh diterima akal untuk saya menggelar atau menyamakan nama besar dalam industri seperti Lisa Manoban BLACKPINK dengan sebarang nama yang mengaibkan,” katanya.
Susulan serangan dan kecaman diterima, Janna membuat laporan polis serta bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah dan komen keterlalaun.
Dalam pada itu, Janna turut menjelaskan mengenai isu Kim Jong-hyun tiga tahun lalu dimana dia tidak pernah mempersendakan kematian bintang K-Pop itu.
“Meskipun penjelasan sudah saya berikan menerusi hantaran video di IG, namun masih terdapat individu yang membuat kenyataan fitnah terhadap saya yang turut membabitkan keluarga saya apabila mengatakan saya mempersendakan mendiang Kim Jong-hyun.
“Saya ulangi di sini, saya sama sekali tidak mempersendakan mana-mana individu apatah lagi mempersendakan mendiang Kim Jong-hyun menerusi video yang direkodkan dan dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah pada 2018 yang kini dimuatnaik dan disensasikan semula di media sosial,” katanya.