KAMAL ADLI DEDAH ‘HILANG’ SEBAB POSITIF COVID-19 – PEMINAT TERKEJUT MAKIN KURUS

“Saya dah kembali, lama hilang sebabkan hari tu positif Covid-19. Lepas tu kuarantin dan sekarang Alhamdulillah dah negatif, syukur. Sekarang saya dah masuk set drama baru, DUIT, best cerita ni fasal scammer,” itulah kata-kata pelakon Kamal Adli mengenai ‘kehilangan’ dirinya daripada radar media sosial sejak kebelakangan ini.

‘Kehilangan’ Kamal akhirnya terjawab apabila pelakon ini mendedahkan dia menjalani tempoh kuarantin selepas disahkan positif Covid-19. Malah Kamal, turut berkongsi foto terbaharunya di laman Instagram bagi mengubat kerinduan peminat selepas kali terakhir memuat naik fotonya pada 4 Januari lalu.

Rata-rata peminat mendoakan kesihatan kekasih kepada pelakon Uqasha Senrose itu selain ada yang menegur bentuk badan aktor itu semakin susut berbanding sebelum ini.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Kenapa nampak pucat dan kecut. – “Laa Covid ke, moga sihat sepenuhnya dan kembali ceria. – “Alhamdulillah, patutlah sepi… apa pun jaga diri ya. Semoga sentiasa dijauhi daripada perkara yang tidak diinginkan,” antara komen netizen.

Rakan artis iaitu pelakon Fizo Omar dan Roy Azman juga tidak ketinggalan menitipkan ucapan buat Kamal dan mengharapkan aktor itu kekal sihat dan bertenaga seperti biasa.

Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan turut pernah dijangkiti virus Covid-19 antaranya Alif Satar, Emma Maembong, Shima Anuar, Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Aprena Manrose dan PU Riz.

Image_3.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *