MESKIPUN DIKECAM – SAKINAH ENGGAN SAMAN, MAAFKAN PENYEBAR VIDEO
Baru-baru ini, seorang individu telah mempersoalkan niat pengguna Tiktok mengeluarkan kembali video dua tahun lepas sehingga kedua-dua pelakon iaitu Sharifah Sakinah dan Janna Nick dikecam dan mencetuskan perbalahan di antara netizen. Malah, individu ini tertanya-tanya adakah Sakinah akan mengemukakan saman.
Sakinah tampil membalas pertanyaan individu berkenaan dengan mengatakan tiada sebarang tindakan undang-undang akan diambil olehnya kepada penyebar video. Jelas Sakinah lagi, dia memaafkan serta meminta maaf di atas apa yang terjadi. Malah, pengikut yang lain turut menjelaskan khabar angin pelajar Malaysia di Korea terkena tempias adalah palsu.
Beberapa hari lepas, nama Sakinah dan Janna trending di Twitter gara-gara sebuah video yang dikaitkan dengan pemergian bintang kpop, Jong-hyun. Penyebaran video tersebut ternyata telah mencetuskan rasa tidak puas hati peminat sehingga mereka menyerang ruangan peribadi kedua-dua pelakon tersebut. Walaupun Sakinah telah membuat permohonan maaf beberapa tahun lalu, perkara ini masih lagi hangat.
Klik untuk gambar besar
SAKINAH: “CONVERT LAH, BOLEH KAHWIN BANYAK” – INI JAWAPAN BALAS KEKASIH