Sanusi Akan Di Heret Ke Mahkamah Pada 18 Januari 2024

Sanusi Akan Di Heret Ke Mahkamah Pada 18 Januari 2024

Sanusi Akan Di Heret Ke Mahkamah Pada 18 Januari 2024

Akhirnya Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, akan diheret ke mahkamah di bawah Akta Hasutan berkaitan isu menghina institusi Raja Raja Melayu.

Hakim Nor Rajiah Mat Zin menetapkan 18 dan 19 Januari serta 10 hari pada Februari 2024 untuk perbicaraan.

Keputusan dibuat selepas Timbalan Pendakwaraya, Masri Mohd Daud memaklumkan kes itu melibatkan kepentingan awam.



“Saya mohon kes ini dibicarakan dalam masa terdekat pada Disember tahun ini”.

“Lebih kurang 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan”.

Terdahulu, Masri memberitahu mahkamah bahawa terdapat pindaan berhubung dua pertuduhan dihadapi Sanusi.

Beliau memohon supaya pertuduhan itu dibacakan dan dibicarakan bersama kerana ia membabitkan kejadian dan saksi sama.



Pindaan itu membabitkan perubahan pada seksyen pertuduhan.

Sebelum ini, Sanusi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 namun dipinda kepada Seksyen 4(1)(b) akta sama.

Sebaik pertuduhan pindaan dibacakan kepadanya, Muhammad Sanusi bangun dan berkata:

“Faham pertuduhan Yang Arif, mengaku tidak bersalah”.



Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan ke atas setiap pertuduhan.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan agar kes di mahkamah yang lain dipindahkan di hadapan hakim Nor Rajiah untuk dibicarakan bersama.

Masri memaklumkan kepada hakim perbicaraan, Osman Affendi, bahawa ungkapan yang didakwa dibuat tertuduh dalam ucapan melibatkan saksi sama.

“Pihak pendakwaan memohon agar kes di mahkamah ini dapat dipindahkan di Mahkamah Sesyen 2 (Hakim Nor Rajiah) untuk dibicarakan bersama mengikut Seksyen 165 Kanun Tatacara Jenayah”.



“Pihak pendakwaan juga telah menyerahkan dokumen antaranya transkrip rakaman ucapan kepada pembelaan hari ini, hujah Masri.

Awang Armadajaya berkata pihaknya tidak membantah permohonan untuk memindahkan kes.

Kini Sanusi sudah sah akan didakwa, bagaimana pula dengan Dr Mahathir yang sudah terlalu kerap menghina institusi Raja Raja Melayu?

Sanusi Akan Di Heret Ke Mahkamah Pada 18 Januari 2024

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading