Polis bongkar makmal proses dadah, rampas RM2.3 juta ketamin

Polis bongkar makmal proses dadah, rampas RM2.3 juta ketamin

Polis bongkar makmal proses dadah, rampas RM2.3 juta ketamin
Kamarul Zaman (tengah) menunjukkan pelbagai bahan dan peralatan memproses dadah dalam serbuan di sebuah kilang yang dijadikan makmal proses ketamin. NSTP/Izz Laily Hussein

ISKANDAR PUTERI: Polis berjaya membongkar kegiatan sindiket pengedaran dadah apabila menyerbu sebuah kilang yang dijadikan makmal memproses ketamin, di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata dalam serbuan jam 7.30 malam, 25 Julai lalu, tiga lelaki warga tempatan ditahan bersama sejumlah dadah dan pelbagai peralatan dipercayai untuk memproses ketamin.

Beliau berkata, susulan itu, serbuan kedua turut dijalankan di sekitar kawasan Iskandar Puteri pada jam 12 tengah malam, 26 Julai lalu dan seorang lelaki warga asing ditahan di tepi jalan sebuah kawasan perumahan.



“Modus operandi kegiatan sindiket ini adalah menjadikan sebuah kilang yang disewa untuk memproses dadah. Mereka dipercayai sudah aktif sejak April lalu.

“Kita berjaya membuat rampasan 4.63 kilogram ketamin dan 166 liter cecair ketamin yang keseluruhannya bernilai lebih RM2.13 juta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas




“Empat suspek yang ditahan dipercayai adalah mereka yang berpengetahuan dalam kerja memproses dadah dan turut berperanan menguruskan kilang berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dadah yang dirampas itu dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan dan boleh digunakan seramai 853,155 penagih dadah.

Katanya, polis turut merampas mesin dan peralatan memproses dadah serta ‘precursor’ selain dua kereta, sebuah lori, dua jam tangan dan wang tunai RM700.

“Walaupun kita melihat jumlah dadah yang dirampas tidaklah besar, namun peralatan yang ditemui dengan kilang yang digunakan sindiket ini, ia adalah makmal memproses dadah yang paling besar pernah kita bongkar,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya


Kamarul Zaman berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dua daripada suspek positif ketamin, manakala hasil semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Semua suspek yang berusia antara 28 hingga 44 tahun itu ditahan reman enam hari sehingga hari ini dan kita akan mendapatkan perintah tahanan reman sambungan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.



“Kita sedang menjejaki tiga lagi suspek yang masih bebas dipercayai termasuk dalang sindiket,” jelasnya.

Tiga suspek yang disenaraikan dalam senarai dikehendaki polis adalah Mohamad Basir Nahupicher, 32; T Prakash, 33 dan S Steven, 48.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading