BILA SYURA ‘SEKOLAHKAN’ ORANG BUSUK HATI: “CUBA UBAH MINDSET & BERSIHKAN HATI”
Menerusi laman Instagram, penyanyi dan pelakon Syura Badron telah memuat naik video daripada aplikasi Tik Tok dimana dia menegur segelintir masyarakat yang sering berasa iri hati melihat kejayaan orang lain sehingga mendoakan keburukan.
Dalam masa sama, Syura turut menasihatkan agar golongan seperti ini dapat membuka minda menerima kejayaan orang lain dan membuang perasaan hasad dengki.
“Hi awak! Terasa ke? Yes, memang nak suruh awak sentap pun… Macam ni lah, dah 2021 ni.. cuba kita slowly ubah mindset, ubah cara berfikir, dan bersihkan hati… Jangan cepat buruk sangka bila ada orang share tentang journey mahupun achievement!!
“Pandanglah semua tu sebagai satu inspirasi dan bukan dengan perasaan dengki! Insyaallah tenang je hati tu nanti.. Since Syura terjebak dalam bisnes, jadi founder untuk @charmant_hq, banyak yang syura belajar! Sabar, sabar dan sabar! Jangan kisah dengan apa pun orang nak cakap!
“Untuk semua business owner, Syura nak cakap… be strong! 💪🏻💪🏻 Kita semua tengah struggle.. jangan sesekali down tau! jangan terkesan dengan orang / kawan-kawan toxic macam tu! Kita susah, bukan diorang datang tolong kita pun… diorang tak tahu perit hidup kita macamana nak survive
“So, apa nak buat? Kita “kick” terus dalam hidup kita pun takpe…. Tak rugi pun awak! Keep on doing what you love and stay surrounding with positive people! Syura doakan korang berjaya dunia akhirat 🤲🏻❤️ #positivevibes #syurabadron #ownerbusiness,” tulis Syura.
Sebelum ini, Syura juga mengalami nasib yang sama apabila sumber modal perniagaannya menjadi pertikaian netizen. Lebih mengecewakan apabila ada pihak mempersoalkan sumber kewangannya mungkin ‘ditaja’ oleh individu berstatus ‘sugar daddy’.
SUMBER MODAL BISNES DIPERSOAL, GUNA DUIT SUGAR DADDY – INI RESPON SYURA