“Dajjal hari ini namanya Anwar Ibrahim” – Badrul Hisham Shaharin

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Dajjal hari ini namanya Anwar Ibrahim" - Badrul Hisham Shaharin

“Dajjal hari ini namanya Anwar Ibrahim”, itu dakwaan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’Gu Bard. Bekas ahli PKR itu menyerang PMX dipercayai dalam satu ceramah sempena PRK Kemaman.

Semua tahu penglibatan Badrul Hisham dalam PKR sebelum beralih arah dan menyertai BERSATU. Beliau dipecat dari PKR pada 2016 kerana melanggar disiplin parti.

Kini Badrul Hisham merupakan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Semua tahu Penerangan BERSATU dibawah kuasa Azmin Ali.



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang membuat satu laporan polis terhadap Badrul Hisham Shaharin kerana memfitnah dan menuduh bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dajal.

Ketua AMK Pahang, Chan Chun Kuang berkata, laporan itu dibuat selepas menonton satu rakaman video Badrul Hisham atau Che’gubard di laman sosial ketika berceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada Ahad lalu. – Laporan 28/11/2023

Badrul Hisham dikenali sebagai seorang yang suka mencipta kontroversi untuk memastikan dirinya sentiasa mendapat liputan dari media massa.

Jika sebelum ini beliau pernah menyanjung tinggi Anwar Ibrahim sewaktu era reformasi, pendirian politiknya umpama lalang.

Menuduh seseorang dan menggelar seseorang sebagai ‘Dajjal’ merupakan dakwaan yang sangat berat kerana dalam Islam ‘Dajjal’ disebut sebagai penyesat Umat Islam.

Dakwaan Badrul Hisham amat berat dan BERSATU sepatutnya menasihati beliau agar tidak berlebihan dalam ceramah politik namun parti itu dipercayai tidak akan berbuat demikian kerana ‘takut’ kepada pengaruh beliau dalam BERSATU.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker