‘Jangan-jangan Tamara ada kaitan dengan kematian Dante’

Ole – Syeikh Baran


‘Jangan-jangan Tamara ada kaitan dengan kematian Dante’
TAMARA TYASMARA bersama anaknya, Dante.

KES kematian anak lelaki Tamara Tyasmara akibat dilemaskan kekasih pelakon itu sendiri iaitu Yudha Arfandi semakin hangat diperdebatkan peminat, khususnya di Indonesia.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sangsi dengan sikap ibu tunggal itu, terutama selepas kematian Raden Adante Khalif Pramudityo atau Dante.



Biarpun Yudha memberi alasan membenamkan Dande sebanyak 12 kali agar kanak-kanak tidak takut air, ada pihak mensyaki Tamara, 29, mempunyai kaitan dalam kes tersebut.

Penganalis dari Universiti Indonesia, Adrianus Meliala menyarankan polis memeriksa mesej serta perbualan Tamara dengan suspek bagi mengetahui kaitan antara mereka.

Katanya lagi, sepatutnya pelaku ditangkap serta-merta jika Tamara mendesak mahu melihat terus kamera litar tertutup (CCTV) di premis kejadian berlaku.

Penganalis jenayah juga pelik apabila wanita itu diwakili peguam sedangkan dia ibu mangsa.



Awalnya, keluarga reda dengan takdir yang berlaku dan segera melakukan pengebumian segera, tetapi beberapa hari kemudian kubur Dante digali semula untuk tujuan bedah siasat demi mengetahui punca kematian.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button