Mangsa ketiga dan terakhir kes remaja lemas Sungai Sempit ditemui

 

Oleh – Syeikh Baran


Mangsa ketiga dan terakhir kes remaja lemas Sungai Sempit ditemui
Lokasi pencarian mangsa di Sungai Sempit, Tanjung Batu, Segari.

Mangsa ketiga dan terakhir kejadian remaja lemas di Sungai Sempit, Segari, T. Eishwarpillai, 16, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist (ACS) Sitiawan dekat sini berjaya ditemui petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata, mayat mangsa ditemui terapung selepas air pasang di kawasan sungai tersebut pada pukul 5.05 petang, kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

“Mayat mangsa ditemui selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan teknik membuat olakan air menggunakan bot bagi mengesan mangsa,” katanya di sini hari ini.



Mangsa pertama Chew Darumaraj, 14, ditemui pada pukul 9.05 pagi kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang, manakala mangsa kedua, G. Sharath, 16, ditemui tersangkut pada jaring nelayan kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, ketiga-tiga mangsa bersama dua lagi rakan lain pergi ke lokasi kejadian tengah hari semalam untuk memancing, sebelum tiga mangsa tersebut mengambil keputusan untuk mandi di sungai tersebut kemudian lemas.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading