“JANGAN KAITKAN SAYA DENGAN TABLIGH” – ZUL YAHYA

“Jangan kaitkan saya dengan jemaah tabligh. Ini bagi menjaga kemuliaan nama jemaah tabligh. Saya tidak lagi bersama mereka.

“Alhamdulillah, banyak perkara yang saya belajar daripada mereka. Semoga apa yang dikongsikan kepada saya selama ini dapat diamalkan dan doakan saya dapat terus istiqamah hingga mati. Selamat tinggal segala urusan bersama mereka,” kongsi pelakon Zul Yahya menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Tambahnya, ia bagi menjaga nama baik jemaah tabligh, kerana banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang bersama dengan jemaah tabligh dan berharap dirinya terus istiqamah.



Semuanya gara-gara nama Zul Yahya meraih perhatian di media sosial sejak kebelakangan ini dengan pelbagai isu. Antaranya ialah kontroversi menghentikan persekolahan anak-anak demi mengejar akhirat, isu makanan sunnah dan vaksin serta kelantangannya dalam mengeluarkan pendapat di media sosial.

Bagaimanapun, dia tidak berpecah atau mempunyai masalah dengan jemaah tabligh sehingga mengeluarkan kenyataan terbabit.

“Tak bersama bukan bermaksud berpecah. Masing-masing berjalan dengan jalan yang sama iaitu Allah dan Rasul,” jelasnya.

Zul Yahya enggan namanya dikait dengan jemaah tabligh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button