Yee Fat puas hati walaupun sekadar seri

08/03/2021 08:50 AM

IPOH, 8 Mac – Ketua Jurulatih Perak FC Chong Yee Fatt mengakui berpuas hati dengan persembahan keseluruhan para pemainnya, biarpun sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 berdepan PJ City dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak, malam tadi.

Beliau berkata, terdapat beberapa peluang yang telah dihasilkan para pemain sepanjang aksi 90 minit, namun ketumpulan penyudah menyebabkan jaringan tidak dapat dihasilkan.



“Pujian juga harus diberikan kepada pasukan lawan. Mereka berjaya menyerap dan mematahkan beberapa gerakan yang kita hasilkan untuk menjaringkan gol.

“Apa pun kita akan cuba untuk perbaiki kelemahan kita untuk menghadapi perlawanan kedua selepas ini dengan lebih baik,” katanya.

Mengulas aksi berdepan Sri Pahang di Kuantan pada 10 Mac ini, katanya, beliau mungkin membuat beberapa pertukaran pemain bagi memastikan tiga mata penuh berjaya dibawa pulang ke Ipoh.

“Setakat ini semua pemain masih bebas daripada kecederaan, namun mungkin saya akan buat beberapa pertukaran untuk pastikan pemain tidak berada dalam keadaan keletihan, akibat daripada jadual perlawanan yang agak padat,” katanya.



Sementara itu, pengendali PJ City P. Maniam berkata, beliau menghamburkan pujian terhadap kesungguhan dan komitmen yang ditonjolkan oleh para pemain yang berjaya mencuri satu mata daripada gelanggang lawan.

Beliau berkata, ini kerana bukan mudah untuk mengimbangi aksi pasukan tuan rumah yang mendominasi permainan daripada awal hingga tamat perlawanan.

“Kita boleh nampak mereka begitu komited dan mereka tunjukkan satu prestasi yang baik terutama dalam aspek bertahan, dan kita juga dapat satu dua peluang kita boleh buat jaringan tapi tak bernasib baik,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan para pemain supaya tidak cepat berpuas hati, kerana masih banyak perlawanan sukar yang perlu ditempuhi.



— BERNAMA

Presiden KUFC puas hati pencapaian pasukan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading