Hampir 30 rumah atas air di Pulau Gaya terbakar

Pix Orang Awam

11/03/2021 11:38 PM

KOTA KINABALU, 11 Mac — Hampir 30 rumah atas air di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya dekat sini musnah dijilat api dalam kejadian dipercayai bermula sekitar 8.30 malam ini.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan kerja-kerja memadam kebakaran masih berjalan ketika ini.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan penduduk bertindak menyelamatkan diri dengan terjun ke laut…punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata pasukan JBPM Sabah menghantar pasukan daripada tanah besar dengan menggunakan bot untuk menjalankan tugas memadam kebakaran dan menyelamat mangsa.

Terdahulu, tular beberapa gambar serta video dikongsi netizen di laman sosial keadaan api yang marak itu dapat disaksikan dari pinggir pantai Kota Kinabalu.



Pulau Gaya boleh diakses dengan menggunakan bot dari tanah besar di sini dengan perjalanan sekitar 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan cuaca dan laut.

‘Baru lima minit keluar, kereta saya terbakar’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button