NOOR NABIILA AKAN KONGSI BILA TIBA WAKTU, KINI MAHU FOKUS JEBAT DULU

Sebelum ini, nama kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Noor Nabila hangat diperkatakan mengenai dakwaan sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran.

Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya Nabila tampil membuka mulut dengan memohon agar dirinya diberikan ruang privasi. Nabila berkata dia akan berkongsikan lebih lanjut apabila tiba masanya nanti dan berharap permintaannya itu diterima baik serta dihormati oleh semua pihak.

“Buat masa sekarang, saya mohon diberikan ruang untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik. Saya akan berkongsi dengan lebih lagi pada masa yang sesuai. Saya sangat harap permintaan ini diterima baik dan dihormati oleh semua,” katanya.

Ditanya mengenai status terkininya, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu menjawab yang dia belum bersedia untuk menceritakan secara terperinci kisah peribadinya kepada umum.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Menurut Nabila, apa yang penting ketika ini adalah untuk memastikan anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan sempurna.

“Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya. Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Khabar angin percintaan mereka mula tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan Engku Emran yang juga bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila, baru-baru ini.

Image_3.jpg

Bapa kepada seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya hasil perkahwinan dengan Erra itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah terbabit berakhir.

Sebelum ini, hubungan pasangan itu turut menjadi tumpuan netizen apabila gambar mereka berbasikal bersama rakan lain dimuat naik di laman Instagram.

Tinjauan di Instagram Nabila juga mendapati dia pengikut Engku Imran di media sosial sama. Bagaimanapun, Engku Emran tidak mengikuti Nabila di Instagram.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *