SAKINAH: “DULU KAKAK PUN TAK BERTUDUNG & BUKANNYA DIA MULA DARI UMUR 2 BULAN”

“Itulah nama keluarga, ada yang berpurdah ada yang okey ada yang tidak. Kita menerima masing-masing punya karakter dengan hati yang terbuka dan tidak mengutuk antara satu sama lain. Macam bila semua orang dah berubah dan saya masih belum ke arah itu, kakak saya nak buang saya daripada keluarga? Tidak ada sama sekali.

“Bagi saya, hati itu yang penting sebab kalau hati kita bersih dan terima orang lain seadanya, tidak menghukum hidup kita akan tenang. Kakak saya dulu pun tak bertudung dan bukannya dia mula bertudung dari umur dia 2 bulan.

“Jadi pada saya perubahan itu semua memerlukan masa, pengalaman dan doa. Kalau kita doa betul-betul apa yang kita nak dalam hidup kita, apa yang kita nak ubah kena berdoa padaNya,” itulah kata-kata pelakon Sharifah Sakinah.

Sakinah menyifatkan kritikan dan komen negatif netizen terhadap perkongsiannya di media sosial keterlaluan serta kurang sopan sebagai seorang wanita beragama Islam.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Bintang drama bersiri ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ ini berkata, tempias tersebut turut terkait dengan kakaknya, Sharifah Haslinda yang kini mengenakan hijab dan berniqab. Sakinah turut menjelaskan, kakaknya juga sebelum ini tidak mengenakan tudung sebelum mengambil keputusan untuk istiqamah.

Untuk makluman, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera itu kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen pada tahun lalu.

Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun. Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *