KAKI CEDERA – EZZATY MOHON DOAKAN CEPAT SEMBUH SUPAYA DAPAT SUJUD SEMULA

“Alhamdullilah lepas 4 hari tak dapat sujud, hari ini dah boleh jejak tanah kaki saya walaupun masih perlukan tongkat. Doakan saya cepat sembuh ye supaya dapat saya sujud semula. Tak puas duduk kat kerusi je..,” demikian tulis pelakon Ezzaty Abdullah mnerusi laman Instagram miliknya.

Ezzaty, 31, ketika ditanya keadaan terkininya memberitahu dia terpaksa bertongkat dan menahan kesakitan selepas kakinya cedera akibat terjatuh baru-baru ini. Meskipun keadaannya beransur baik, Ezzaty berkata keadaan itu masih membataskan pergerakannya termasuk masih belum dapat sujud.

“Baru-baru ini, saya terjatuh sehingga kaki terseliuh sampai luka dan bengkak teruk. Ketika itu, saya tak boleh bangun langsung apatah lagi, hendak berjalan ke bilik mandi. Saya sudah ke hospital untuk mencuci luka dan balut kaki.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Syukur, kecederaan itu semakin beransur pulih namun saya masih perlu guna tongkat. Alhamdulillah, lepas empat hari tak dapat sujud, hari ini kaki sudah boleh jejak tanah. Saya berharap dapat pulih secepat mungkin supaya dapat bersujud semula,” katanya.

Pelakon ‘The Maid’ itu bagaimanapun masih mengerah kudrat untuk melunaskan beberapa aktiviti penggambaran membabitkannya berikutan terikat dengan jadual ketat.

“Sepatutnya seminggu juga perlu rehat, tapi jadual kerja saya penuh. Ada penggambaran yang kena tetap diteruskan beberapa hari lalu kerana kekangan masa. Semalam dan hari ini, barulah saya dapat berehat sepenuhnya. Doakan saya betul-betul sembuh,” tuturnya.

SUJUD SYUKUR ZOEY DIKECAM: “KALAU PEMAIN BOLA BOLEH… KENAPA SAYA TAK BOLEH?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *