“KENA BETULKAN DIRI DAHULU” – AZIRA SHAFINAZ BERHASRAT BERHIJAB, MOHON DOA

“Sudah tentu, satu hari nanti (bertudung)… kita pun orang Islam dan nak yang terbaik untuk diri kita. Jadi, saya hanya berharap orang dekat luar sana doa yang baik-baik untuk saya.

“Doakan agar satu hari nanti saya akan berhijab sama macam Cik Manggis,” demikianlah kata penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz yang menyimpan hasrat untuk berhijab.

Namun begitu, Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan tidak mahu melakukan perubahan tersebut secara drastik. Menurut Azira, dia mahu memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum benar-benar membuat keputusan kearah itu.

Bagaimanapun pelakon berusia 30 tahun ini memberitahu dia akan berhijab seperti rakannya, Cik Manggis apabila sudah bersedia dan berharap semua peminat mendoakan yang terbaik.

“Perkara ini mengambil masa… sebab saya kalau nak buat sesuatu perkara, saya tak nak buat dengan terlalu drastik. Sebab saya rasa, semua itu akan datang dari naluri dan niat kita… kena betulkan diri dahulu.

“Satu hari nanti bila saya sudah bersedia… Insya-Allah. Mungkin sekarang betul sampai waktu,” ujar anggota kumpulan DeFam itu.

Dalam perkembangan lain, Azira memegang watak sebagai Ustazah Anna menerusi telefilem ‘Penunggang Agama’ arahan Syafiq Yusof. Azira memberitahu dia turut mendapatkan bantuan seorang cikgu untuk membaca ayat Al-Quran dengan betul.

‘Penunggang Agama’ menampilkan pelakon utama Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan serta Sabrina Al akan mula ditayangkan di Saluran Astro First Khamis ini.

BILA ADIBAH NOOR BETULKAN SEBUTAN INGGERIS PEMBACA BERITA TV3 [VIDEO]

 

Leave a Reply