PAU 2020 – Seloka Gurindam Pemuda Pahang Tajam

Pemuda Pahang Bergurindam Seloka Tenangkan Suasana Hangat Membara

Fadzli Kamal
Ketua Pemuda UMNO Raub

Seloka gurindam bergema dalam Persidangan Pemuda UMNO bila wakil Pemuda UMNO Pahang memulakan perbahasan di Dewan Tun Ismail PWTC.

Fadzli Mohd Kamal, Ketua Pemuda UMNO Raub menyentuh perihal hala tuju UMNO dari perspektif anak muda.

3 Asas Ucapan Pemuda Pahang

Fadzli Kamal
Pemuda UMNO Pahang

Membahagikan 3 fasa berkaitan anak muda, Fadzli membicarakan kejatuhan UMNO pada PRU14, sikap alpa dan mendepani pengundi dan bakal pengundi yang akan mencorakkan masa depan politik Malaysia.



“Semalam, parti kita Kecundang,
PRU-14, UMNO, akhirnya Tumbang,
Sedih, kerana sejak Merdeka kita sentiasa Menang,
Sudahlah Kalah, kita jatuh Terpukang,
Dek kelibat Katak, si Hidung Belang,
Tinggalkan Parti, Sewenang-Wenang,
Maruah Diri, Mereka Campak dan Buang,
Bukan satu, bukan dua kerusi yang Hilang,
Tetapi, 16 Ahli Parlimen sanggup jadi Petualang,
Mula di Masjid Tanah, ke Bukit Gantang,
Bagan Serai, Jeli, Larut, turut menyusul ambil Peluang,” –
Fadzli Kamal

Teguran tajam dan keras yang disentuh Pahang mengimbau bagaimana robek hati akar umbi UMNO apabila parti serta kepercayaan dikhianati.

“Contohilah Bossku di FB,
Posting selamba tapi dekat di hati,
Rintihan anak muda pantas didengari,
Info pun segar dan mudah difahami,
Inilah yang anak muda cari,
Dulupun mereka tolak UMNO sebab persepsi,
Kini mereka dah menyedari,
PH Cuma pandai berjanji,
Bila berkuasa, habis anak muda di anak tiri.”



Mengimbau kembali bagaimana kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya kecil yang dicapai, Fadzli mengingatkan kerjasama bersama PAS turut membantu UMNO ketika berdepan Pakatan Harapan.

Contohi Najib Dekati Media Sosial

Mengambil contoh bagaimana Dato Sri Najib Razak mendekati marhein dan rakyat secara bersahaja menggunakan medium media sosial.

Ternyata kekuatan UMNO di media sosial berkesan ketika BN bukan lagi kerajaan sehingga pihak lawan gementar dengan pelbagai isu yang dibawa.

Fadzli sempat memuji Dato Sri Utama Wan Rosdy Wan Ismail selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bijak menyantuni rakyat serta  rakan dalam Muafakat Nasional di peringkat negeri.



Fadzli Kamal

Penubuhan Majlis Tindakan Sosial Pahang merupakan platform bagi mendekati anak muda dari pelbagai lapisan politik perlu dijadikan panduan untuk memenangi anak muda di masa hadapan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO turut menggesa agar kepimpinan tertinggi UMNO agar kekal dengan keputusan tiada kerjasama dengan PKR dan DAP.

Malah lebih keras desakan Pemuda Pahang apabila mahu semua kerusi UMNO yang dikhianati diambil semula dalam PRU15.

Beliau juga mahu agar Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan MKT UMNO senada dan bersama dalam apa juga keputusan yang dibuat.



Jangan ada lagi nada sumbang sumbing antara pemimpin UMNO jika mahu memenangi PRU15.

PAU 2020 – Pemuda Mahu Calon Yang Setia Pada Parti



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button