‘Baru ke, lama ke, sama saja. Yang penting sikap’ – Mimi Lana

Kuala Lumpur: Pelakon, Mimi Lana mahu semua pelakon mementingkan disiplin dan sikap tanpa mengira status sebagai pelakon lama atau baru.

Mimi menerusi satu ciapan di Twitter berkata, dia yang bekerja dengan ramai pelakon lama dan baru mahu mengajak mereka supaya sentiasa menjaga sikap.

“Pelakon baru ke, pelakon lama ke sama saja. Masing-masing kena jaga ‘attitude’ (sikap) dan jadi contoh yang baik di lokasi penggambaran.

“Saya bekerja banyak dengan pelakon baru dan juga pelakon lama. Saya rasa tak logik kalau kita nak hentam pelakon baru saja,” katanya.



Menurut Mimi, pelakon lama dan baru perlu saling hormat-menghormati dan tahu tanggungjawab ketika berada di lokasi penggambaran.

“Jadi pelakon baru bukan tiket untuk bagi alasan tak baca skrip atau memahami skrip. Itu sudah jadi tanggungjawab. Jadi pelakon lama pula bukan tiket untuk selalu datang lambat dan berlagak merasa semua yang awak cakap itu betul,” katanya.

Isu mengenai sikap pelakon baru, baru-baru ini menjadi bualan ramai dan beberapa pelakon lama turut meluahkan pendapat dan rasa tidak puas hati mereka mengenai perkara itu.

Kesetiaan Akar Umbi Adalah Kekuatan UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker