Kak Long Letak Jawatan SME CORP
Sepucuk surat perletakan jawatan oleh Dato Nurulhidayah Ahmad Zahid atau dikenali sebagai ‘Kak Long’ tular di media sosial.
Dalam surat tersebut tidak dinyatakan sebab sebab meletak jawatan namun dipercayai ada hubung kait dengan cabaran yang dilontarkan Presiden UMNO semasa PAU 2020.
Nurulhidayah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Perbadanan SME Corporation Malaysia serta merta berkuatkuasa tarikh surat dihantar.
Tiada sebarang komen atau laporan lanjut yang diperolehi daripada ‘Kak Long’ mengenai keputusan beliau.
Sebagai rekod, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan PAU2020 telah mencabar pemimpin UMNO.
Cabaran untuk melepaskan semua jawatan yang ada hubungan dengan kerajaan yang diterajui PPBM termasuk di GLC dinyatakan Zahid diakhir ucapannya.
Nurulhidayah bukanlah individu pertama meletak jawatan dalam GLC kerana Ahli Parlimen Machang telah berbuat demikian lebih awal sebagai tanda protes terhadap PPBM.
Kini cabaran lebih terbuka kepada pemimpin UMNO yang berani mengambil tindakan sama seperti dilakukan Nurulhidayah.
Lebih baik desak Muhyiddin letak jawatan