PR1MA Pelawa Kontraktor Bersemuka Selesai Masalah

PR1MA Pelawa Kontraktor Bersemuka Selesai Masalah

Dato Seri Shahidan Kasim
Pengerusi PR1MA

Program Perumahan Rakyat 1Malaysia ( PR1MA ) mempelawa kontraktor untuk bersemuka bagi menyelesaikan masalah tunggakan serta pembayaran kerja pembinaan.

Menurut Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Shahidan Kasim pihak mereka memahami kekangan yang dihadapi kontraktor akibat covid19 yang melanda negara.

Shahidan turut menyatakan objektif PR1MA yang mahu memperjuangkan kemampuan rakyat M40 memiliki kediaman sendiri.

Antara Projek PR1MA

Semasa ditemui di pejabatnya, Pengerusi PR1MA Datuk Seri Shahidan Kasim turut menjelaskan pihaknya juga mahu menjalankan kembali kerja kerja 21 buah projek yang tertangguh.

Beliau memberi jaminan pihak PR1MA akan turun padang untuk membantu pembeli dan kontraktor bagi mempercepatkan urusan pemilikan rumah.

Shahidan juga menjelaskan tiada isu mengenai rungutan kontraktor yang mengatakan pihak PR1MA tidak menjelaskan bayaran kepada mereka.

PR1MA

Kepada mereka yang masih belum memiliki kediaman, bolehlah meninjau laman sesawang PR1MA bagi meninjau kediaman untuk dibeli.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *