Azlan Man Ganti Shahidan Di Perlis
Azlan Man Ganti Shahidan Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis
Menteri Besar Perlis, Dato Seri Azlan Bin Man menggantikan Dato Seri Shahidan Bin Kassim selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis berkuatkuasa 24 April 2021.
Kenyataan 2 perenggan yang dikeluarkan Presiden UMNO, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dikeluarkan pada 24 April 2021.
Presiden turut merakamkan ucapan terimakasih kepada Shahidan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.
Sebagai rekod, Shahidan pernah menjadi Menteri Besar Perlis sebelum ini dan kini menjawat jawatan Pengerusi PR1MA.
PR1MA Pelawa Kontraktor Bersemuka Selesai Masalah