Zahid Bidas Kluster ‘Kelentong’ PPBM Isu Dana KWAN

Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO

Ada nama besar PPBM yang belum habis dengan ‘kelentongan’ walaupun sudah menjadi kerajaan.

Kluster Spin ini akan memutarbelit segala fakta untuk kepentingan PPBM sejak PRU-14.

PPBM

Mungkin sebab itu Kluster Spin ini dapat jawatan penerangan dalam parti serpihan UMNO.

Adakah patut Kluster Spin menyamakan wang KWSP dengan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

Wang KWSP milik rakyat. Mereka keluarkan wang mereka sendiri untuk digunakan pada waktu sukar.

Itupun bukan mudah dapat kelulusan kerajaan. Rakyat nak beli PS5 lah, Puteri Gunung Ledang lah.

Dana KWAN pula tabung amanah negara sebagai sumber berterusan negara dan generasi akan datang.

Objektifnya ia digunakan apabila sumber semulajadi negara contohnya minyak menyusut.

Tetapi ia mahu dikorek kerajaan PN sebelum tiba masa dengan alasan Covid-19 selepas begitu banyak wang negara diperuntukan untuk tujuan sama.

Ulasan saya mengenainya beberapa hari lalu boleh dibaca melalui link berikut:

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2050804598391440/

Justeru soalan kepada Kluster Spin siapakah sebenarnya yang merapu sehingga terbabas-babas disamakan dana KWSP dengan KWAN?

Kluster Spin PPBM semakin merapu apabila cuba menunding jari kepada menteri dari UMNO dalam kerajaan PN disebalik penggunaan dana KWAN.

Kluster Spin kata UMNO gagal berbincang di peringkat dalaman dengan menteri dari UMNO yang menjaga hal kesihatan dan vaksin sebab terlalu ghairah nak tunjuk pandai.

Memang sah ini Kluster Spin PPBM. Apa mandat UMNO untuk menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan PN dan adakah Perdana Menteri atau Menteri Kewangan dari UMNO?

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/810857/kerajaan-ambil-rm5-bilion-daripada-rm195-bilion-kwan

Petikan dari – Zahid Hamidi

 



SIAPA SALAH FAKTA DALAM KERTAS PUTIH FELDA?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button