SIAPA SALAH FAKTA DALAM KERTAS PUTIH FELDA?

SALAH CETAK TARIKH ATAU DISENGAJAKAN UNTUK KENAKAN PIHAK TERTENTU?

Dalam laporan KERTAS PUTIH FELDA bertarikh 10 April 2019 Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) Lampiran 1 – Bab 3 (Kajian Forensik bagi Lapan Pembelian atau Pelaburan Aset) terdapat kemusykilan yang boleh dipertikaikan.

Satu projek hartanah dinamakan “Projek Semarak” mencuri perhatian dalam Ringkasan Laporan Bertarikh 4 April 2019.



Klausa 1.5.6 dinyatakan Lembaga Pengarah Felda hanya meratifikasi pelantikan Syarikat F pada 2 September 2014, iaitu tujuh (7) bulan selepas Syarikat F dilantik FIC. Semasa Lembaga Pengarah Felda meratifikasikan POA (Power of Attorney) pada 2 September 2014, kandungan terma POA dimana Syarikat F telah diberi hak penuh bagi pihak Felda tidak dimaklumkan. FIC dan Felda juga telah menandatangani DA dan POA tanpa penilaian risiko dan ‘due diligence’.

KERTAS PUTIH FELDA

Bagaimana pula dengan POA dan wakil Felda yang dibuat pada 3 Jun 2014 di sebuah firma guaman?

Adakah KERTAS PUTIH FELDA bermotifkan politik atas arahan pihak tertentu kerajaan pada tarikh dikeluarkan? Ada terdapat desas desus seorang pemimpin politik sebenarnya berminat mengambil alih projek berkenaan dengan menggunakan individu tertentu yang diletakkan dalam pengurusan Felda itu sendiri.



KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN ALI BENTANG KERTAS SKRAP? (EPISOD 2)

KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN ALI BENTANG KERTAS SKRAP? (EPISOD 2)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button