Segera tubuh RCI – Ahmad Zahid

Segera tubuh RCI - Ahmad Zahid
Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO Malaysia/Pengerusi Barisan Nasional

Segera tubuh RCI siasat pendedahan Tommy Thomas dan Abdul Hamid – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Mei  — Kerajaan digesa menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), bagi menyiasat pendedahan kontroversi bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, baru-baru ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan meminta menteri-menteri yang mewakili UMNO untuk membawa saranan ini kepada kerajaan, agar tindakan segera dapat dilakukan.

“Pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting kerajaan adalah amat serius, terutamanya melibatkan campur tangan politik dan rasuah dalam institusi-institusi yang menjadi benteng mempertahankan Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Keselamatan Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penubuhan RCI bagi tujuan itu harus disegerakan, untuk memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap insitusi dan sistem yang membentengi Kedaulatan Undang-undang dan Keselamatan Negara.

Ahmad Zahid juga menyuarakan sokongan terhadap gesaan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, yang turut mendesak kerajaan menyegerakan penubuhan RCI.

Pada 2 Mei dalam sidang media terakhir beliau sebagai KPN, Abdul Hamid telah membuat pendedahan dan membangkitkan isu campur tangan politik dalam organisasi tersebut.

— BERNAMA

 


Baca Artikel Berkaitan :

Visit out FB PAGE MyTV.online



Tubuh RCI siasat TH, isu kartel daging import haram dibangkit di Parlimen hari Selasa

Leave a Reply