UMNO Sekadar ‘Balaci’ Untuk Menyucikan
Kemarahan rakyat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) darurat melimpah di media sosial.
Peraturan yang sering berubah dan memeningkan kepala rakyat selain seperti wujud kasta ‘kayangan & marhein’ dikatakan menjadi punca amarah rakyat meningkat.
Agak pelik apabila peraturan boleh berubah dan seolah tiada pelarasan apabila pemahaman mengenainya berbeza-beza.
Pendedahan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkaitan saranan ‘Total Lockdown’ agak mengejutkan.
Kewujudan ‘Mazhab’ dalam mesyuarat kabinet PN menampakkan kegagalan kerajaan dalam isu keselamatan rakyat.
Bagaimana lagi rakyat mahu mempercayai kredibiliti kerajaan apabila dalam membuat keputusan pun ada 2 ‘Mazhab’ yang bertelingkah?
Siapa ‘Mazhab Ekonomi’ & siapa ‘Mazhab Kesihatan’ dalam kabinet kerajaan?
Adakah sebab semalam satu mesyuarat antara Menteri Kanan Ekonomi & Perdana Menteri berlangsung dengan pemain industri menyebabkan keputusan berubah?
Sekarang bukan zaman 70an atau 80an di mana segala berita atau maklumat di bawah kawalan kerajaan.
Petang ini semua mata dan telinga akan tertumpu kepada pengumuman SOP yang diperketatkan oleh kerajaan.
Malang sekali Menteri yang bakal berdepan kecaman amarah rakyat adalah dari UMNO.
Mengapa bukan Menteri Kanan yang lain atau Perdana Menteri sendiri mengumumkan keputusan SOP tersebut?
Bagi mencalarkan reputasi UMNO di mata semua, Menteri Kanan diarahkan mengumumkan segala peraturan ditetapkan.
Dari sudut politik, inilah cara bagi mempengaruhi minda rakyat bahawa UMNO itulah segala keburukan dan yang membuat keputusan bertentangan dengan kemahuan rakyat.
Sampai bila keadaan ini akan berlaku dan UMNO kekal sebagai ‘balaci’ menyucikan kegagalan kerajaan?
Presiden UMNO serta Majlis Kerja Tertinggi UMNO perlu bersama memikirkan imej UMNO dalam kerajaan sekarang.
Adakah semua ini hanya beban atau mendatangkan faedah jangka panjang buat parti?
Banyak mata memerhati tindak tanduk UMNO serta ‘KEBERANIAN’ UMNO untuk difikirkan ketika PRU15 kelak.
Mahathir Punca Segalanya