Kecoh Foto Balak Bersaiz Besar Atas Lebuhraya
Foto sebuah lori balak bersama muatan bersaiz luarbiasa tular di media sosial semalam.
Bekas pekerja TV3, Khaidir Ahmad telah menaikmuat foto berkenaan di media sosial miliknya. Foto serta kapsyen beliau mendapat 9,600 reaksi & 4,600 kongsian.
Perkongsian tanpa penjelasan terperinci Khaidir Ahmad pula menjadi topik panas netizen yang cuba mengaitkan balak tersebut dengan Negeri Pahang.
Persepsi buruk serta berniat jahat mula dilemparkan netizen terhadap Kerajaan Pahang dan Menteri Besar Pahang kerana mempercayai balak tersebut dikeluarkan dari hutan Pahang.
Jabatan Perhutanan Pahang memberi reaksi pantas terhadap penularan foto tersebut dan melakukan pemeriksaan lanjut muatan serta kelulusan lori yang membawa muatan balak itu.
Hasil siasatan serta pemeriksaan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mendapati balak itu datang dari hutan Terengganu. Dokumen kelulusan serta permit memindahkan balak turut dilampirkan oleh pemandu sebagai bukti.
Bagaimanapun natijah daripada kecuaian pihak yang menyebarkan foto tanpa sebarang penjelasan telah menjadi bahan politik sesetengah pihak yang cuba mengambil peluang.
Dalam satu kongsian di facebook, seorang individu bernama Maliequl Hidayat cuba mengaitkan kisah balak tersebut dengan Menteri Besar Pahang.
- Tangkap Layar Kaitkan Balak Dengan MB Pahang
Individu yang dipercayai ahli parti politik secara jelas telah membuat tohmahan dan menyeru rakyat Pahang memberi peluang kepada parti lain untuk mentadbir Pahang pada PRU15.
Polemik politik yang cuba disebarkan oleh individu tersebut amat mengecewakan. Hanya kerana 3 keping foto dan kapsyen berkaitan balak imej kerajaan negeri cuba dicalarkan.
Itu baru 1 kongsian yang diperolehi, bagaimana dengan 4,599 kongsian lain dengan hanya berbekalkan 3 keping foto serta kapsyen yang disampaikan Khaidir Ahmad?