Skandal Lembaga Getah Malaysia, Nazlan Sedia Disiasat
Bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia, Dato Ahmad Nazlan Idris menyatakan beliau bersedia disiasat berikutan ‘Skandal’ yang dibongkarkan sebuah NGO.
Nazlan turut menyatakan beliau tidak lagi menjadi Pengerusi LGM sejak 14 April lalu.
Skandal melibatkan Lembaga Getah Malaysia tular di media sosial selepas NGO SEDAR Malaysia mengeluarkan beberapa dokumen berkaitan tanah milik LGM.
Baca pembongkaran – https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=962327594315064&id=272364886644675
Dalam masa sama Dr Puad Zarkashi mendesak agar siasatan dilakukan dengan segera.
Beliau turut menggesa agar Nazlan menarik sokongan kepada Perikatan Nasional.
Desakan Puad Zarkashi – https://www.facebook.com/100044611321476/posts/351705112993197/
SEDAR Malaysia dalam pembongkaran skandal tersebut turut mempersoalkan tindakan Menteri YB Khairuddin At Takiri berkenaan tanah aset LGM.
Nama YB Khairuddin dari PAS panas kerana kisah pemeriksaan di satu SJR juga turut digossipkan dengan seorang individu wanita bernama Mawar.
Baca – https://www.malaysiakini.com/news/576647
Baca juga – https://mykmu.net/2021/05/31/mawar-karim-dedah-whatsapp-panas-giler/
“Dalam isu sewaan tanah 70 sen sekaki, LGM hanya bersetuju untuk pajakan lima tahun dan ditambah 10 tahun. Namun menteri berkenaan mahukan lima + 10 + 10 menjadikan 25 tahun”
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak lagi menjadi Pengerusi LGM setelah ditamatkan kontrak pada 14 April yang lalu.”
“Dalam isu LGMPC, saya tidak terlibat dan saya sahkan Ahli Lembaga Pengarah LGM amat mengambil berat serta cakna dengan kegagalan tadbir urus LGMPC” – Nazlan
Skandal ini amat mengejutkan apabila melibatkan Menteri daripada PAS.
Parti PAS sebelum ini dikenali sebagai parti yang menolak amalan berunsur syubhah & rasuah.
Pelaburan Bernilai Billion Di Pahang – Wan Rosdy