Dewan Rakyat Kekurangan Tauliah Penentu – Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Ku Li’ menyatakan Dewan Rakyat kini kekurangan tauliah sebagai penentu muktamad.
Dalam kenyataan media Ku Li turut menyentuh keadaan semasa rakyat yang semakin tertekan.
Beliau menggariskan 3 perkara utama kekurangan Dewan Rakyat sebagai penentu muktamad.
- Ia tidak berfungsi secara menyeluruh oleh kerana sebahagian daripada wakil rakyat mempunyai kepentingan kewangan (terbuka atau senyap) & hilang kelayakan mengikut Akta Majlis Parlimen ( Keistimewaan & Kuasa ) 1952
- Dewan Rakyat kini dalam keadaan tergantung & tiada pihak mempunyai majoriti untuk membuat keputusan
- Juga terdapat ahli ahli yang tidak menepati peruntukan perlembagaan berkaitan pemilihan mereka dan ini merupakan penipuan terhadap perlembagaan
Ku Li turut menggesa Majlis Raja Raja Melayu memilih seorang pemimpin tanpa kepentingan peribadi & politik bagi membantu negara.
Oleh demikian, pemimpin tersebut dapat membantu rakyat keluar daripada masalah yang sedang dihadapi negara.
Nilai Ku Li di mata Mahathir