Parlimen Arah Bekerja Dari Rumah Sahaja
Mengejutkan apabila PARLIMEN MALAYSIA mengeluarkan notis pelaksanaan Bekerja Dari Rumah sepanjang tempoh PKP 3.0 Fasa 1.
Agak mengelirukan sekali poster yang dikeluarkan menerusi laman sosial rasmi Parlimen Malaysia ini.
PKP 3.0 telah diumumkan bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 dengan arahan penutupan sektor sosial dan ekonomi sebelum ini.
Bagaimanapun apabila kes jangkitan covid19 tidak menunjukkan penurunan, kerajaan menyambung arahan PKP 3.0 bermula 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021.
Kegagalan penurunan angka jangkitan kes covid dimonopoli oleh kluster kilang yang mendapatkan kebenaran beroperasi daripada MITI.
Kecelaruan kebenaran operasi sektor berkaitan ekonomi menjadi topik perbahasan apabila kes masih tinggi.
Mengapa Parlimen secara tiba-tiba mengeluarkan arahan bekerja dari rumah?
Adakah arahan ini ada kaitan dengan Titah KYDMM AGONG yang telah menzahirkan agar sidang parlimen disegerakan?
Ini diikuti pula kenyataan rasmi Majlis Raja Raja yang berpendapat Darurat tidak perlu diteruskan selepas 1 Ogos 2021.
Pelbagai spekulasi akan menjadi perhatian dan perdebatan rakyat serta netizen. Malah, pemerhati politik juga akan bersikap prejudis terhadap kerajaan.
Mungkin kerajaan ada penjelasan yang lebih konkrit bagi menjawap persoalan yang berlegar dikalangan netizen.
Sidang Parlimen Perlu Diadakan, Titah DYMM AGONG