Azmin Ali Buat Pusingan ‘U’, Berbaik Dengan Anwar?

Azmin Ali & Anwar Ibrahim
Foto Arkib

 

Heboh dalam aplikasi Whatsapp mengenai Azmin Ali yang dikatakan bakal membuat pusingan ‘U’ dan berbaik semula dengan Anwar Ibrahim.

Dalam perkongsian berantai dalam whatsapp turut menggambarkan semua ini berlaku selepas Majlis Raja Raja Melayu bersidang.

TITAH KYDMM AGONG

Istana Negara melalui facebook rasmi pula menyiarkan kenyataan KDYMM AGONG yang menzahirkan agar sidang parlimen disegerakan.



Ini bagi membolehkan ahli Dewan Rakyat membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Dalam kongsian whatsapp, Azmin menyatakan perseteruannya dengan Anwar hanyalah perbezaan politik.

 

Whatsapp Berantai
Whatsapp Yang Disebarkan

 



Azmin juga dikatakan menghubungi seorang ahli PKR dan seorang bekas PKR bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Turut mengakui beliau termakan hasutan ‘seorang tua’ yang mahu menyekat Anwar Ibrahim dari mencapai cita-citanya.

 

Whatsapp Berantai
Kandungan Whatsapp Berantai Yang Tersebar

 



Beliau turut mengakui ‘orang tua’ tersebut hanya menggunakan dirinya selain menjadikannya ‘kambing hitam’ untuk menuruti segala arahannya.

Diakhir perenggan whatsapp berantai itu, Azmin menyedari beliau telah melakukan ‘Dosa Besar’ terhadap Anwar Ibrahim.

Beliau menyeru agar semua pihak membuang yang keruh dan mengambil yang jernih bagi menyelesaikan segala kekusutan politik.

Bagaimanapun kandungan whatsapp berantai itu tidak boleh dipercayai langsung.



Mustahil bagi Azmin untuk kembali kepada Anwar Ibrahim dalam masa kritikal seperti sekarang.

Dengan kedudukan sebagai Menteri Kanan, Azmin berpotensi untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana prestasi beliau di MITI yang cemerlang.

 

Azmin Ali



 

Mungkin whatsapp berantai yang sedang tersebar ini merupakan “Black Ops” pihak yang mahu menjatuhkan Azmin.

Tidak mustahil juga pihak berkenaan mahu menyekat Azmin daripada dilantik sebagai TPM.

Apapun sebarang pesanan whatsapp berantai perlu dipertimbangkan agar tidak dijadikan bahan sebaran palsu.



Adalah diharapkan Azmin Ali tampil menafikan sebarang sebaran whatsapp berantai yang boleh merosakkan imej beliau sekaligus mengesahkan tiada pusingan ‘U’.

Penafian artikel – pihak kami tidak bertanggungjawab atas penyebaran whatsapp berantai mengaitkan Azmin Ali.

Waspada taktik penipuan ambil alih akaun WhatsApp – MCMC

“TROJAN YANG WUJUD?”


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading