Sidang DUN & Parlimen, Pahang Junjung Titah AGONG

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=anYRBO83FXY[/embedyt]

 

Pahang menjunjung Titah KYDMM AGONG yang menzahirkan pandangan Baginda mengenai pembukaan Sidang DUN & Parlimen.

 

Pahang Junjung Titah AGONG



 

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato Sri Utama Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri sedang menanti perkenan Pemangku Raja Pahang bagi membolehkan DUN Pahang bersidang.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyerahkan Bantuan Peranti Digital kepada pelajar SPM2021 di Dewan UMNO Cameron Highlands.

 



KYDMM AGONG

 

Pada 16 Jun 2021, laman rasmi media Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan KYDMM AGONG.

Kenyataan Baginda susulan Mesyuarat Raja Raja Melayu bagi membincangkan hal ehwal negara dan mencari kata sepakat demi kebaikan rakyat keseluruhannya.



Dalam kenyataan tersebut, AGONG menitahkan agar Parlimen dibuka bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

 

Tasik Chini, Menjunjung Titah Tengku Mahkota Pahang

 



Majlis Raja Raja Melayu turut menzahirkan pandangan agar proklamasi Darurat tidak disambung selepas 1 Ogos 2021.

Proklamasi Darurat telah dilaksanakan bermula Mac 2021 dan akan berakhir pada 1 Ogos 2021.

Sidang Parlimen Perlu Diadakan, Titah DYMM AGONG



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button