Azmin Kena ‘Bedal’ Gara-Gara Ucapan Hari Bapa
Menteri Kanan, Datuk Seri Azmin Ali kena ‘bedal’ gara-gara ucapan Hari Bapa dalam twitter beliau.
Hampir 90% netizen mengkritik Azmin dengan pelbagai sindiran sehingga nama Haziq Aziz timbul dalam ciapan balas di ruangan komen.
Azmin bagaimanapun tidak membalas ciapan netizen yang bertalu-talu ‘membedal’ beliau.
Serangan netizen terhadap Azmin dipercayai kerana sakit hati dengan kecemerlangan beliau mengendalikan MITI serta kejayaan Azmin membawa pelabur masuk ke Malaysia.
Azmin juga salah seorang daripada Menteri yang sentiasa bekerja keras bagi menghadapi pandemik covid19 sejak Mac 2020 sehingga sekarang.
Walau seteruk mana Azmin kena ‘bedal’ kerana ucapan Hari Bapa, beliau sudah pasti tidak mengambil serius perkara tersebut.
Dengan imej paling popular dalam Perikatan Nasional & negara, tidak ada apa perlu digusarkan Menteri Kanan itu.
Kepada netizen pula, usahlah semua perkara dijadikan polemik menyerang Azmin. Lihatlah dan hargailah usaha beliau kepada Malaysia selama ini.
Dengan kemampuan Azmin, mengapa perlu ada istilah kerajaan gagal? Rakyat perlu melihat sisi positif yang selama ini dilakukan beliau selaku Menteri Kanan (MITI).
Beliau menjaga ekonomi pelbagai sektor dan memastikan segalanya lancar tetapi netizen bertindak agak kejam hanya kerana ucapan Hari Bapa dari Azmin Ali?
EKSKLUSIF- Rahsia Yang Tersirat Disebalik Tarikh Kemerdekaan 31 Ogos 1957Â